Thursday 10 October 2013

jom molah latihan kebakaran

 assalamualaikum semua.....selamat malam..... hari ni sekolah sibuk seperti biasa.... sentiasa bnyk kerja .... hari ni paling best dalam  minggu tok.... hehhehehhe  ... mlm ni kami semua molah pogram latihan kebakaran utk biak sekolah.... aduh paduhai...biak suka gilak molah perkara camya....ptg tadi PK HEM bersama UNCLE YORK  bg ceramah kat biak.... pas2 kami org molah lah  latihan praktikal percubaan ade lah kira2 dlm 4 kali jua percubaan tek......... aduhai... biak 2... suka benar berlari2..... hehhehe  malam tok kami tggu sampee kul 1 pagi...  utk buat  cam benar2 berlaku kebakaran... semua biak tidoo di asramee ..... sik tawlah jadi ke tak molah.... kami 2 masih nuggu sampeee kul 1.... hehhee nti kami uplod  gambar..... sik sempat nk transferr gambar ptg tadi...... hehhehehh

Friday 13 April 2012

CINTAILAH ADAT RESAM DAN WARISAN BUDAYA KITA





  Mengikut adat resam bangsa Melayu, majlis perkahwinan diambil berat sepenuhnya. Kepada bangsa Melayu, majlis  perkahwinan adalah peristiwa yang amat penting dan istimewa bukan sahaja kepada pasangan pengantin tetapi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga serta sahabat handai yang rapat.

     Adat yang berkaitan dengan perkahwinan termasuk aspek-aspek merisik, meminang, bertunang, penghantaran belanja, majlis bersanding seharusnya yang paling hebat peristiwanya. Mengikut adat silam dari segi persediaan untuk perkahwinan terdapat adat-adat berkaitan dengan berandam, berasah gigi dan berinai. Kemuncak dalam adat resam perkahwinan keseluruhannya adalah majlis bersanding.

     Di masa silam, bersanding adalah satu aspek perjalanan hidup yang dijalankan oleh ibu bapa. Merekalah yang memilih teman hidup bagi anak masing-masing. Biasanya apabila ibu bapa merasai anak lelaki sudah sampai masa untuk berkahwin, mereka mula merisik untuk memilih gadis yang sesuai. Pada umumnya, ibu bapa meminta saudara-mara mengesan dan mencari gadis sesuai dikahwinkan dengan anak lelaki mereka..


masih adakah yang mengamalkan semua ni....? anda je mampu menjawabnya.  CINTAI LAH ADAT RESAM KITA,  jgn mudah terpengaruh denagn budaya -budaya luar..

Saturday 24 March 2012

minggu HURAAA HUREEYYY


 MINGGU HURAAA HUUREEEYYYYY


  selepas seminggu bermodual di dalam IPG, akhirnya dapt juga p huraa hurreeyyy bersama kekawan orang kampung yang terdiri dari manusia yang dilahirkan di MALAYA....

 seharian ronda-ronda bandar Sarawak,  walaupun x sempat nak meronda semua kawsan ,yang paling penting kaki kami sudah dapat menjejaki ke SARIKIN ,iaitu tempat kira sempadan INDONESIA, yang mane tempat untuk bershoping bg kaum HAWA, dan  cuci mata bagi kaum ADAM,  x ade lah ... joke ja..hahhaha

 ade sorang mamat nie kami mmg tabik hormat sama dia, apa yang di beli di SArikin blm sempat masuk dlm beg plastik dia sudah memakainye..hahhahha

ini lah yang dikatakan seorang pencinta alam sekitar "katakan tidak pada beg plastik" hehehehh



 seterusnya kepada 2 cikgu yang diorg ni kami mintak maaf bebanyak sebab menghabiskan kerepek pisang anda hahhahah


 sementara tunggu kekawan yang lain sampai ke GUA ANGIN,sempat gak kami bergambor-gambor  di tepi sungai , tapi nie je yang paling cun  dalam bnyak-bnyak 2.....hahhaha 




 muka kepenatan seharian ronda2 sambil menikmati pemandanagan TASIK BIRU, agak biru juga airnya hahhahahahahhahaha......... mb hijau ckit hahhahah



inilah juru kamera kami yang masih baru dalam bidang ambek mengambek gambor.......
still solo..... kalau nk ambek dia untuk jadi jurugambar peribadi or lain2 disilakan....haaahah
 sebarang masalah berbangkit tidak dilayan hahhahhaha 



 =
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
V
V

ADA LAGI KER 

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
V

HABIS SUDAH
  
JANGAN DITEKAN LAGI

HAHAHHAHAHAHA

Friday 23 March 2012

Sayangnya Malaikat Maut Pada Nabi Idris



 Hati nie terasa sangat berkobar-kobar untuk berkongsi satu kisah yang mungkin anda pernah baca sebelum ini, dan mungkin anda belum membacanya. koi sekadar hamba dan insan yang jahil sekadar mahu berkongsi.

                  Nabi Idris A.S adalah nabi kedua yang wajib diketahui oleh umat Islam. Dikisahkan bahawa Nabi Idris diangkat ke syurga kerana setiap hari dia membuat amal yang diterima sebanyak alam penduduk bumi. Melihat akan hal itu, maka malaikat Izrail begitu sayang kepadanya. Pada suatu hari, Izrail meminta izin kepada Allah untuk turun ke bumi untuk berjumpa dengan Nabi Idris dan Allah memperkenankannya



               Lalu turunlah Izrail ke bumi dalam bentuk rupa seorang manusia biasa dan memberi salam pada Nabi Idris serta duduk di sampingnya. Nabi Idris yang sedang berpuasa ketika itu memperlawa tamunya untuk makan setelah tiba waktu berbuka puasa, namun tamunya itu hanya mendiamkan diri. Nabi Idris pun meneruskan ibadahnya sambil dilihat Izrail sehingga terbit fajar.


              Melihat akan hal tamu yang duduk di sebelahnya, maka Nabi Idris pun bertanya, “Hai lelaki, mahukah kamu berjalan-jalan denganku supaya kita berasa senang?” Lalu Izrail menjawab, “Ya, aku mahu”. Mereka berdua pun berjalan-jalan dan tiba di sebuah ladang yang sangat subur tanamannya. Malaikat Izrail berkata, “Bolehkah kamu izinkan aku mengambil buah-buahan itu?” Berkata Nabi Idris, “Maha suci Allah, semalam kau tak mahu makan benda yang halal dan kini kau mahu memakan benda yang haram”. Mendengar jawapan Nabi Idris, Izrail pun terdiam.

               Setelah itu, mereka pun berjalan selama 4 hari dan dalam tempoh itu Nabi Idris merasakan perbezaan tamunya itu dengan manusia biasa, lalu Nabi Idris bertanya, “Aku dapati kau amat berbeza sekali daripada manusia biasa lain. Oleh itu aku harap dapatlah kau memberitahu aku siapakah dirimu”. Izrail menjawab, “Aku adalah malaikat pencabut nyawa bernama Izrail”. Nabi Idris bertanya lagi, “Sudah 4 hari kamu bersamaku, bagaimanakah kamu mencabut roh yang lain?” Izrail pun berkata, “Memang kerjaku mencabut roh dan sesungguhnya ia adalah perkara yang mudah seperti hidangan makanan yang aku hadapi”.


               Kemudian Nabi Idris bertanya lagi, “Wahai Izrail, adakah kau datang sekadar untuk menziarahi aku atau pun mencabut rohku?” Jawab malaikat Izrail, “Aku datang menziarahimu dan aku telah mendapat keizinan Allah”. Setelah mendengan jawapan Izrail, maka berkatalah Nabi Idris, “Wahai Izrail, aku mempunyai hajat”. “Katakan hajatmu itu”, jawab Izrail. Ujar Nabi Idris, “Hajatku padamu ialah kamu hendaklah mencabut rohku. Kemudian Allah akan menghidupkan aku supaya aku boleh kembali beribadah kepadaNya sesudah aku merasakan sakitnya mati”. Izrail menjawabnya dengan tenang, “Sebenarnya aku tidak mempunyai kuasa untuk mencabut roh seseorang kecuali dengan izin Allah”.


                    Atas permintaan Nabi Idris itu, Allah mewahyukan kepada Izrail, “Hai Izrail, cabutlah nyawa Idris itu”. Maka Izrail pun menurut perintah dan mencabut nyawa Nabi Allah itu dan kematian Nabi Idris ditangisinya. Lalu Izrail memohon supaya Allah menghidupkan kembali Nabi Idris yang menjadi teman baiknya. Allah memperkenankan doa Izrail lalu Dia menghidupkan semula Nabi Idris.


             Setelah hidup semula, maka Izrail bertanya kepada Nabi Idris, “Wahai Idris, bagaimanakah rasanya mati itu?” Jawab Nabi Idris, “Rasanya seperti mengupas kulit binatang yang hidup, rasa sakitnya adalah lebih seribu kali ganda”. Berkata Izrail pada Nabi Idris, “Aku mencabut nyawamu dengan cara yang paling lembut sekali dan tidak pernah aku mencabut roh selembut ini”.


            Nabi Idris kemudian menyatakan hasratnya untuk melihat neraka jahanam kepada Izrail supaya dia boleh beribadah dengan lebih tekun lagi selepas ini. Izrail pun berkata, “Aku tidak dapat membawa kamu pergi tanpa izin dari Allah”. Lalu Allah mewahyukan kepada Izrail, “Bawalah oleh kamu dan tunjukkanlah kepada Idris akan neraka jahanam itu”. Lalu dibawanya Nabi Idris melihat neraka jahanam dan Nabi Idris dapat melihat suasana yang mengerikan dalam neraka tersebut.


            Setelah keduanya kembali dari melihat neraka jahanam, maka berkatalah Nabi Idris akan hajatnya lagi, “Wahai Izrail, aku ingin sangat melihat syurga yang Allah ciptakan untuk hambaNya yang taat”. Izrail menjawab, “Aku tak dapat membawamu kecuali dengan izin Allah”. Kemudian Allah mewahyukan lagi kepada Izrail, “Wahai Izrail, bawalah Idris melihat syurga. Aku memberi izin kepadamu”.


            Setelah sampai di pintu syurga, amaka nampaklah Nabi Idris akan kecantikan syurga yang tidak ada tolok bandingnya. Melihat hal yang demikian, Nabi Idris pun berkata, “Wahai malaikat Izrail, aku telah merasakan sakitnya mati. Aku juga telah melihat neraka serta siksaan di dalamnya. Oleh itu aku harap kamu mohonlah pada Allah supaya aku dapat duduk di dalam syurga dan meminum airnya supaya hilang rasa sakit mati dariku dan minta hindarkanlah aku dari api neraka jahanam”.


              Kemudian Izrail memohon kepada Allah dan Allah memberi izin kepada mereka untuk masuk dan keluar dari syurga. Setelah mendapat izin, Nabi Idris masuklah ke dalam syurga dan meletakkan kasutnya di bawah sebatang pohon syurga. Nabi Idris kemudiannya keluar dari syurga sambil berkata, “Wahai Izrail, aku tertinggal kasutku. Oleh itu bawakan aku kembali ke dalam”. Nabi Idris segera masuk kembali ke dalam syurga, tetapi setelah ditunggu beberapa lama oleh Izrail, dia masih belum keluar lagi.


                    Maka risaulah Izrail lalu berkata, “Wahai Idris, keluarlah kamu dari syurga”. Jawab Nabi Idris, “Aku tidak mahu keluar dari syurga ini kerana Allah telah berfirman, ‘Kullu nafsin dzaaiqatul mauti‘ (dan tiap-tiap yang bernyawa itu mesti merasakan mati) dan sesungguhnya aku telah mati”. Sambung Nabi Idris lagi, “Allah juga telah berfirman, ‘Wa-in minkum illaa waariduhha‘ (dan tidak adalah di antara kamu kecuali dia memasukinya) dan aku telah masuk neraka”. Kemudian Nabi Idris berkata lagi, “Allah berfirman, ‘Wamaahum bimukhrijiina‘ (dan tidaklah mereka itu dikeluarkan daripadanya). Maka siapakah yang mengeluarkan aku daripadanya?”


              Akhirnya Allah mewahyukan kepada malaikat Izrail, “Hai Izrail, biarlah Idris itu. Sesungguhnya Aku telah memutuskan di zaman azali bahawa sesungguhnya Idris itu adalah termasuk dalam ahli syurga”. 




posting pertama koi

kelas


Agak lama koi tidak  updet blog ini, disebabkan terlalu sibuk dan keadaan persekitaran yang agak kurang baik..sebenarnya koi nk kongsi bersama pengalaman mula-mula posting ke sekolah

 Perasan koi pada mulanya agak mendebarkan,bila pelbagai versi  cerita yang digambarkan tentang keadaan sekolah yang akan koi tempatkan

 so koi nk kongsi bersama keadaan kawasan sekolah serta bagunannye


                                                           
pejabat dan bilik guru besar
tangki tadahan air hujan,untuk kegunaan harian
 latar belakang sekolah yang sempat koi cari selama seminggu

Sekolah Kebnagsaan Padang Pedalai  ( YBB 8310 ) telah di tubuhkan pada  01/01/1967 .Keluasan sekolah  ialah 6.00 ekar, 2.43 hektar. Skpp  ialah sekolah jenis  SRK . Terdapat  prasekolah dan rendah bermula dari tahun 1 hingga tahun 6. Bahasa penghantar yang digunakan ialah bahasa melayu.   Sekolah ini hanya terdapat 8 buah bilik darjah dan bilangan guru hanya  18 orang.  Kemudahan  kuartes guru dan juga staf disediakan. Skpp adelah sekolah luar Bandar yang bersatatus pendalaman  ( p 1) . sekolah ini  adalah salah sebuah sekolah jenis  asrama harian  dan status  sekolah gred A.  bilangan penghuni  asrama  seramai 164 orang, manakala jumlah pelajar yang berdaftar  ialah seramai  214  pada tahun 2012.  Sekolah ini mendapat sumber air melalui  takungan air hujan/ rain have, manakala sumber elektrik pula  sumber elektrik 24 jam  1 fasa  TNB/SESCO/SESB . Sekolah yang berhampiran dengan skpp ialah Sekolah Kebangsaan Gawang  Empili (YBA8316) iaitu 6 KM .Seterusnya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Simunjan No 1 ( YEE 8304 ) iaitu sejauh 40 KM. Manakala jarak sekolah ke Pejabat Pelajaran daerah (PPD)  ialah sejauh 45 KM


bangunan asrama
Bangunan asrama yang mane menempatkan pelajar tahun 1-6, murid hanya tingal di asrama selama 5 hari,pada hari sabtu dan ahad murid ini akan balik ke kampung. koi sungguh kangum melihat mereka kerana mampu mguruskan diri sendiri, berdikari pada usia yng kecil.. berjauhan dengan family dll. kegigihan mereka ini patut dicontohi


walaupun koi berada di kawasan pendalaman tetapi itu tidak menghalang koi untuk terus mendidik anak bangsa..(agak skema) hahha apa2 pun SK PADANG PEDALAI SIMUNJAN.SARAWAK, adalah sekolah yang TERBAIK........

Saturday 4 February 2012

kata-kata buat seorang teman

Janganlah mencari Tuhan karena anda memerlukan  jawapan. Carilah Tuhan karena anda tahu bahwa Dia lah jawapan yang anda perlukan.

Harapan tinggallah harapan jika tidak disertai tindakan, impian tinggallah impian jka tidak selaras dengan kemampuan.

Hanya karana kamu mendengar apa yg dilakukan seseorang, tak berarti kamu bisa menghakimnya. Kamu tak tahu apa yg telah dilaluinya.

Tidak seorang pun punya kemampuan untuk melakukan sesuatu hal sempurna, tapi setiap orang diberi banyak kesempatan untuk melakukan hal yang benar.
Tinggalkanlah kesenangan yang menghalangi pencapaian kecemerlangan hidup yang diidamkan. Dan berhati-hatilah, karena beberapa kesenangan adalah cara gembira menuju kegagalan.

Kelakukan kita terhadap kehidupan, menentukan sikap kehidupan terhadap kita.
Matahari yang sebesar itu pun perlu bulan untuk bisa menerangi setiap sudut bumi.

Seseorang tak akan pernah bisa mencintai Anda dengan tulus dan apa adanya, jika Anda selalu menyembunyikan kekurangan Anda darinya.
Hidup ini seperti piano.Berwarna putih dan hitam. Namun,ketika Tuhan yang memainkannya,Semuanya menjadi indah.

Saat anda mendapatkan yang biasa ketika mendambakan yang terbaik, bersyukurlah, karena anda tidak mendapatkan yang terburuk.
"Kegagalan adalah peluang untuk hal yang lebih baik. Kegagalan adalah batu loncatan untuk pengalaman yang berharga. Suatu hari nanti Anda akan bersyukur untuk beberapa kegagalan yang anda alami. Percayalah, ketika satu pintu tertutup untuk anda, sebenarnya pintu yang lain selalu terbuka"

Melihat kebelakang akan membawa kejelasan di depan. Belajar dari kesulitan dulu akan membawa berkah sekarang dan nanti.
Hidup adalah memilih, namun untuk memilih dengan baik, Anda harus tahu siapa Anda dan apa yang Anda perjuangkan, ke mana Anda ingin pergi dan mengapa Anda ingin sampai di sana.

"Keyakinan adalah percaya dengan apa yang tidak kita lihat, dan upah dari keyakinan adalah melihat apa yang kita yakini."
Kesedihan adalah ibarat terdampar di gurun pasir. Hal terbaik adalah berusaha keluar dari gurun pasir tersebut.

Inti dari kebahagiaan adalah kumpulan kebahagiaan dari hal-hal kecil.
Sebenarnya sangatlah mudah menjadi Bahagia. Kebahagiaan akan datang saat kita memaafkan diri kita sendiri, memaafkan orang lain, dan hidup dengan penuh rasa syukur. Tidak pernah ada orang egois dan tidak tahu berterima kasih mampu merasakan bahagia, apalagi membuat orang lain bahagia. Hidup ini memberi, bukan meminta."

Kebahagiaan adalah pengalaman spiritual dimana setiap minit hidup dilalui dengan cinta, dan rasa syukur.
Jangan takut akan bayangan, karana bayangan bererti ada suatu cahaya yang bersinar  dekatnya.